PENAT!
Semalam entah rasukan apa, Boy nak makan otak-otak.
Asalnya, kami minum petang tepi tasik sambil tengok orang main jet skit. Nak masuk kereta, tiba-tiba dia nampak ada perempuan tengah bakar otak-otak. Aku order 5 batang, tapi budak tu tak bagi. Alasan - dah ramai orang order. Kalau aku tunggu, memang lambat sangat lagi nak dapat. Abang Utid dah lambat nak pergi kerja, maka tak lalu-lah nak menunggu kan?
Apa lagi..... amukan-lah sepanjang jalan nak balik. Aku pujuk, pujuk tak mahu jugak dia. Beli-kan cokelat, konon cokelat perasa otak-otak. :). Makin kuat amukan dia! Mesti makan hari Ahad jugak-jugak. Kalau tunggu Isnin tak relevan lagi.
Aku ni....entah-lah. Ibu yang sangat baik ke....atau aku tak kuasa nak dengar dia me-nganga. Aku sms merata tanya dekat mana ada jual otak-otak. Cik Kiah pun sama naik sms orang-orang kuat dia. :D. Kata Cik Kiah, "engkau ni Boy, tiap kali meragan mesti babitkan Cik Kiah. Penat aku melayan lahh..".
Akhir-nya, aku drive ke Shah Alam. Angkut Cik Kiah dengan ZZ sekali. Atuk pulak nak makan satay Samuri. Kena makan hari tu jugak-jugak. Atuk dan cucu sama naik dia punya kehendak hati. Seksa aku. Nenek bagi duit satay je. Aku minta duit tol sekali. Nasib baik nenek bagi walaupun mulut pot-pet. Tak pasal-pasal, Nenek pun tensi. :D.
Melepak-lah kami sekejap dekat Jalan Batas 7. Eh! Ye ke tu nama jalan-nya. Lantak-lah. Dapat saje otak-otak, Boy punya
Lepas Maghrib, berkejaran pulak nak beli satay dekat highway. Lambat-lambat nanti, tidur pulak ayahanda aku. Tidur tu tak apa, yang takut-nya kena laser. Dibuat-nya dia cakap, "aku ni dah tak ada hati nak makan. tunggu korang lama sangat". Haaa! apa nak jawab???
Itupun, masa kami sampai dia tengah layan kartun. Nasib baik ada Boy yang mulut manis sikit. Tapi soalan Boy 'agak' jugak-lah. Ada ke patut dia tanya, "dah lama atuk tunggu satay??". Atuk pun jawab.."lama nya! dah ngantuk dah ni..". Tapi sebab Boy yang tanya.... emmm.... maaf-kan sajelah. :D
Kami sampai rumah lebih-kurang dekat pukul 10. Baru nak kapur kasut, cari stokin. Baru nak gosok baju sekolah, gosok baju kerja. Susun jadual sekolah, macam-macamlah!
PENGSAN.


0 comments:
Post a Comment